|
Sungguh lama aku tak update dihambat kesibukan mengalahkan Perdana Menteri Tanah Melayu.
Kalau nak disenaraikan sungguh panjang. Cukup untuk dikatakan aku cuba nak jadi seperti Norbik Bashah + Zeti Akhtar + Dr Mazlan (BAKSA). AL, I havent found new love. Review banyak yang tertangguh cuma aku boleh bagi ulasan ringkas sahaja. Mari Menari Bersama Jennifer Lopez Cerita ringan, plot ringkas. Richard Gere sungguhlah sexy! Bertuah Susan Sarandon. Cair hati aku melihat lakonan Richard Gere. Hahahahhahah! ![]() (How I wish I was Susan Sarandon in the pic..keh keh keh keh) Persembahan Jennifer Lopez biasa sahaja. Susan Sarandon - well, what I can say about her. Although she is an excellant actress but he performance just at par. Nothing challenging about her character. Rating cerita : 2.5 Mari Memburu Setan Bersama Constantine ![]() Cerita ni bosan. Plot mendatar dan hebat disebabkan hasil grafik yang amat canggih. Aku pelik macam mana cerita ni boleh lepas kat Malaysia sedangkan terang2 gambaran neraka, malaikat dan setan2. Ada pulak scene yang mana angel bernama Gabriel bersekongkol untuk melepaskan utusan anak Setan bagi menawan dunia. Seriously, I should be the one who works for LPF. AKu rasalah LPF luluskan cerita ni sebab selaras dengan kempen TAK NAK! Sebab semua setan2 dan malaikat2 yang terlibat dlm cerita ni asyiklah duk nasihat Keanu Reeves supaya berhenti merokok. Yang kelakarnya, dosa Keanu Reeves ditebus dengan mengeluarkan paru2 yang penuh dgn tar rokok. Nota : Sila tonton cerita ini dengan fikiran terbuka dan dengan anggapan pembuat filem tidak pernah membuat kajian ke atas agama Islam. Part yang aku suka tentang Constantine ialah:- 1. Setan2 dari neraka jahanam pakai kot putih. Bukan tipikal kaler hitam / merah. 2. Angel Gabriel berkepak dan juga angel2 lain. 3. Ada tempat secret bar bagi setan2 yang berkeliaran di muka bumi ini. 4. Fakta menarik : Kuasa Constantine sebagai sensor kepada setan2 boleh dipindah kan kepada Rachel Weisz melalui air sebab elemen air paling senang menyerap. (Patular orang Melayu kalau berubat suka guna air) 5. Seorang manusia boleh diupgrade menjadi utusan neutral bagi mengelakkan perbalahan yang baik dan yang jahat. (Cool huh?!) Rating cerita : 2.5 |
| jovita December 26, 2007 11:03 AM PST the film constantine is very amazing. to you keanu reeves , i just want to say: mery christmas n happy new year 2008 . may jesus always give your sucess in your career n your life, forever n may god always bless you , forever. | ||
| prue March 5, 2005 10:01 AM PST Aku nak tgk sgt SEPET tapi tak sampai kat Melaka. argh!!!! | ||
| alghazel March 2, 2005 10:38 AM PST Ha Ha Ha ... akhirnya selepas 40 hari 40 malam bertapa di puncak gunung ledang, Prue turun kembali ke kaki gunung !! (Funny huh... org melayu kalau bertapa selalunya 40 hari... you sengaja ke nih atau kebetulan saja?) Last sunday, i pergi KL ada urusan kerja, so ambil kesempatan utk tgk wayang. ada 2 film yg teringin nak tgk,(sebab tak tunjuk di Melaka!) Shall we dance dan Sepet.. Shall We dance disebabkan i nak tgk saudara kembar i yg gentleman tu berlakun ataupun 'sepet' .. filem yg dipuji melangit sgt oleh pengkritik filem malaysia. I pilih sepet, just nak tgk samada ada lain pembaruan dgn filem melayu. bila keluar, i mcm tak percaya sebab kejujuran dlm filem tu ( especially dgn perangai mak bapak orked yg natural.. i senyum bila fikirkan i pun mcm bapak orked... cuma berkain pelikat ajedlm rumah!) Nice story Prue..u should go and see this movie. Pasal hasrat nak tgk Shall we dance..nampaknya besok i cari aje la DVD kat KIPMART Taman Tampoi aje.. tgk dlm bilik hotel aje ...sambil menelentang!! hehehehe... | ||
| Leave a Comment: |