Friday, December 17, 2004
I wish I have ...


The poise and elegance of Wan Zaleha Radzi

 
The brain and skills of Norbik Bashah Idris (my former RT lecturer)


 
The $$$ like Donald Trump 

... I have the world on my feet.

Posted at 08:12 am by Pruedance Halliwell
Comments (1)  

Friday, December 10, 2004
Cinta Agung Veer Pratap Singh



Sinopsis


Selama 22 tahun Rajesh Rathore terkurung di dalam penjara di Lahore dan tidak pernah membuka mulut walau sepatah perkataan sekali pun kepada mana-mana manusia. Hanya dikenali sebagai 786 (nombor banduan) oleh warden penjara.

Selepas 22 tahun kerajaan Pakistan membuka semula kes banduan-banduan India yang ditahan di pnejara Lahore. Kes Rajesh Rathore merupakan kes pertama bagi peguam baru, Samiyaa Siddiqui. Samiyya berjaya membuka mulut Veer bagi menceritakan kisahnya.

   Pertemuannya dengan Zaara bermula sewaktu dia menyelamatkan Zaara daripada bas yang terbabas. Kedegilan Zaara mahu mengambil begnya yang terjatuh membuatkan Veer berasa pelik dan seklaigus marah kerana membahayakan nyawanya sendiri. Setelah mengetahui perkara sebenar, Veer berasa terpanggil untuk menolong Zaara menghanyutkan abu mayat Bebe (penjaga Zaara) di Kiritpur. Sebagai balasan, Veer mahukan Zaara menghabiskan masa satu hari bersamanya di kampung Veer.


Kebijaksanaan dan kecantikan Zaara menambat hati Veer, Bauji (pakcik Veer), Maati (makcik Veer) dan sekelian penduduk kampung. Di saat itulah, Veer merasakan dia sudah pun jatuh cinta dengan Zaara dan mahu memberitahu perasaannya kepada Zaara.

Hasrat Veer tidak kesampaian buat seketika apabila mengetahui Zaara telah bertunang dengan Raaza Shirazi. Di saat-saat akhir meninggalkan bumi India, Veer memberitahu isi hatinya kepada Zaara dan Raaza dapat menghidu perasaan Veer terhadap tunangnya itu.

Zaara pulang ke Pakistan dengan perassan yang keliru - antara Veer dan Raaza. Veer - lelaki yang membuatkan hidupnya gembira dan sanggup berkorban apa saja demi dia, mana kala Raaza adalah pilihan keluarga sebagai balasan kepada Abdul Malik Shirazi yang telah banyak menolong kerjaya politik bapanya. Maryam Khan (ibu Zaara) dapat merasakan yang anaknya berbelah bagi untuk meneruskan perkahwinannya dengan Raaza Shirazi lantaran penangan cinta Veer.

Atas usaha rakan Zaara yang tidak sanggup melihat kesengsaraan Zaara, beliau menghubungi Veer. Veer datang di hari pertunangan Zaara dan mengejutkan seluruh keluarga Haayat Khan dan Shirazi. Jehangir Khan (bapa Zaara) sangat malu dengan tindak tanduk anaknya itu dan membuat keputusan untuk tidak bercakap dengan Zaara selagi anaknya itu tidak mengubah menurut prancangan yang telah ditetapkan.

Demi memelihara maruah Zaara dan keluarganya, Veer bersetuju untuk melepaskan Zaara dan memohon agar Zaara menurut permintaan keluarganya. Zaara terpaksa akur dengan kerelaan Veer. Sehari sebelum pernikahan Zaara, Veer pulang ke India. Dengan takdir Tuhan, bas tersebut terbabas dan semua penunmpang maut.

Sebelum bas tersebut bertolak, pihak polis Pakistan telah menahan Veer atas dakwaan perisik rahsia dari kerajaan India dan diminta menandatangani laporan polis tersebut untuk dipenjarakan. Veer enggan menandatangani laporan tersebut sehinggalah Raaza Shirazi mengugut untuk memalukan Zaara. Raaza tidak mempercayai Veer akan melupakan Zaara begitu sahaja dan dia yang merancang penahanan dan penukaran identiti Veer kepada Rajesh Rathore. Demi memelihara maruah wanita yang dicintai, Veer bersetuju untuk menandatangai laporan tersebut dan dipenjarakan di Lahore.

 Veer bersetuju kesnya dibuka dan dibicarakan dengan syarat Samiyya tidak akan membuka mulut mengenai keluarga Haayat Khan. Samiyya merasakan hampir mustahil untuk memenangi kes ini. Beliau ke kampung Veer untuk menemui Saraswathy dan Chaudhary Sumeer Singh (pakcik dan makcik yang menjaga Veer), tetapi keduanya telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, dia berjaya menemui Zaara di situ.

Setelah mendengar kematian Veer, Zaara telah membatalkan perkahwinannya, meninggalkan Lahore, menuju ke kampung Veer. Menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik di rumah pakcik Veer. Jenhangir Khan meninggal dunia akibat sakit jantung dan Raaza telah berhijrah ke luar negeri. Selama 22 tahun itulah Zaara hidup dengan bayangan Veer di dalam rumah tersebut.

Samiyya menang kes pertamanya setelah Zaara bersetuju untuk membuktikan identiti sebenar Veer dan menewaskan pihak pendakwa buat kali pertamanya. Dia juga berjaya menemukan dua insan yang telah lama terpisah.
 


Jalan Cerita

Filem ini menggunakan teknik imbasan semula di mana Veer menceritakan kisahnya kepada Samiyya. Jalan cerita bermula dengan kisah latar belakang Veer yang berkerja sebagai rescue pilot, pertemuannya dengan Zaara, tentang Maati dan Bauji, tentang perasannya kepada Zaara, pemergian Veer ke Pakistan dan kisahnya tamat apabila Veer di penjarakan.

Bagi pihak Zaara pula, ia bermula selepas Samiyya bertemu dengan Zaara di India. Kisah Zaara diceritakan oleh rakan Zaara yang bersama-samanya meninggalkan Pakistan.

Setiap lapis cerita disusun kemas dan tidak bercelaru membuatkan. Ia berjaya membawa penonton dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Pengarah mampu menyimpan suspen cerita membuatkan penonton tertanya-tanya bagaimanakah Veer boleh dipenjarakan dan apakah yang terjadi kepada Zaara di hari perkahwinannya.

Cerita ini bergerak perlahan namun setiap adengan adalah padat bagi menjelaskan sesuatu sebab. Sebagai contoh, penahanan ke atas Veer di Pakistan menjelaskan ia adalah hasil komplot Raaza Shirazi dan pihak berkuasa Lahore. Dan mengapa Veer bersetuju untuk dipenjarakan walaupun dia bukanlah perisik yang dihantar oleh kerajaan India ke Pakistan.

Pertemuan antara Veer dan Zaara selepas 22 tahun, penulis kira dipersembahkan dengan cukup dramatik dan berkesan. Tidak perlu dengan kata2 yang berbunga bahasa seperti kebanyakkan filem Bollywood, muzik latar dan lagu Tere Liye serta mainan kamera dan bantuan CGI telah mampu menghidupkan satu suasana yang gembira bercampur terkejut di antara Veer dan Zaara.

Walaubagaimanapun , penulis merasakan ucapan Veer di akhir perbicaraan adalah suatu yang tidak perlu dan realistik. Sepatutnya, pengarah mengeluarkan adengan tersebut daripada mahkamah. Ia boleh dilakukan sebagai satu ucapan terima kasih yang sangat bersifat peribadi kepada Samiyya Siddiqui.

Karekter



Shah Rukh Khan - Veer Pratap Singh
Berikan apa sahaja watak, SRK mampu melakukannya. Penulis kira watak Veer Pratap Singh bagaikan sudah sebati dengan diri SRk - seorang yang penuh kasih sayang dan cinta yang melimpah ruah. Tiada bezanya lakonan SRK dengan filem2 yang lain sebagai seorang hero yang romatik dengan cinta terhalang. Cabarannya watak beliau hanyalah ketika Veer sewaktu tua. Penonton dapat melihat kesengsaraan Veer di dalam penjara di Lahore melalui sorotan matanya. Sayu dan pilu.



Preity Zinta - Zaara Haayat Khan
Sebagai penonton, penulis merasakan lakonan Preity Zinta sebagai Zaara kurang penghayatan.  Penulis tidak dapat merasai rasa cinta dan sengsara yang cuba diekspresikan oleh lakonan beliau.  Preity kurang mainan dalaman bagi sesetengah adegan. Persembahan beliau hanya biasa sahaja. 



Rani Mukherjee - Samiyya Siddiqui
Watak Rani sebagai peguam muda yang tegas dengan pendiriannya penulis kira agak berjaya.  Penulis paling menggemari adegan beliau bertikam lidah bersama Anupam Kher. Di situ kekuatan Rani. Pada adegan-adegan yang lain penulis kira ianya persembahan Rani yang biasa sahaja.

Manoj Bajpai - Raaza Shirazi
Raaza Shirazi merupakan karekter yang paling penulis gemari di dalam filem ini. Beliau bersifat tegas, penuh hasad dan licik. Karektor beliau menjelaskan tiada apa yang boleh memalukan keluarga Shirazi dan beliau akan melakukan apa sahaja untuk melindungi maruah keluarganya. Dia adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai pilihan selain untuk meneruskan perkahwinannya meskipun dia tahu dia tidak mempunyai tempat di hati bakal isterinya. Dan Manoj adalah seorang pelakon yang hebat. Pemilihan yang tepat untuk watak Raaza Shirazi.

Rekaan Set

tba

Koreografi Tarian

Terdapat beberapa koreografi tarian yang diceduk daripada filem2 lain seperti Dilwale untuk lagu Hum To Bhai Jaise Hain.

(tbc)

Solekan dan Pakaian
tba

Rating :-

3.6 / 4.0

Posted at 09:52 am by Pruedance Halliwell
Make a comment  

Thursday, December 09, 2004
Alexander - A Review

Alexander merupakan sebuah filem epik yang sangat-sangat dinantikan oleh penulis utnutk ditonton. Filem ini dibarisi oleh bintang-bintang popular Hollywood seperti Collin Ferrel, Angelina Jolie, Anthony Hopkin, Jared Leto dan Val Kilmer. Cerita ini mendapat rating 18PL daripada LPF.


Jalan Cerita

Inilah filem epik yang mempunyai jalan cerita yang sungguh teruk dan membosankan. Pada pendapat penulis, filem ini gagal menunjukkan betapa berkuasanya Alexander sebagai seorang penjajah dan keagungan kerajaan Alexander itu sendiri. Ianya sekadar berkisar di Babylon dan India sahaja. 



Cerita ini lebih banyak difokuskan kepada kehidupan peribadi Alexander - hubungan antara anak dan bapa, anak dan ibu dan kawan sejenis. Jelas, Alexander mahu membina sendiri empayarnya hingga sanggup memalukan bapanya di dalam satu majlis keraian. Alexander-Olimpias mempunyai hubungan yang sangat pelik dan penulis merasakan hubungan mereka lebih dari sekadar batas ibu dan anak. Olimpias berjaya menanamkan rasa tamak haloba kuasa dan sikap prejudis terhadap bapanya Philip. Menyedari layanan ala Barbarian terhadap ibunya oleh Philip, mungkin ini merupakan faktor pendorong Alexander menjalin hubungan dengan Hephaiston dan Bagoas.

Jalan cerita ada kalanya meleret dan tidak dikembangkan dengan baik. Sebagai contoh, apa perlunya menunjukkan orentasi seks pegawai2 kabinet pimpinan Philip dan Alexander? Apa perlunya menunjukkan tarian erotik yang dipersembahkan Bagoas di India? Apakah relevannya adegan-adegan ini kepada cerita Alexander? Sungguh tak relevan!

   
Filem ini mempunyai adegan perang yang sungguh panjang, membosankan, dan tidak dikoreograf dengan baik. Sewaktu peperangan dengan bala tentera Daris, penonton tidak nampak apakah tak tik Alexandar yang menyebabkan sesetangah tentera terpaksa berundur dan setenag lagi mengejar Darius? Di mana Alexander sebagai pemimpin perang dengan membiarkan bala tenteranya menyerang membabi buta? Sekali lagi cerita ini gagal mempamer kebijaksanaan Alexander mengatur perang walaupun di akhir perang beliau berjaya menguasai kota Babylon. Peperangan dengan kerajaan India penulis kira adalah adegan paling menarik dalam filem ini, terutamanya ketika kuda kesayangan Alexander bertembung dengan bala tentera bergajah.

Filem ini mempunyai adegan perang yang sungguh panjang, membosankan, dan tidak dikoreograf dengan baik. Sewaktu peperangan dengan bala tentera Daris, penonton tidak nampak apakah tak tik Alexandar yang menyebabkan sesetangah tentera terpaksa berundur dan setenag lagi mengejar Darius? Di mana Alexander sebagai pemimpin perang dengan membiarkan bala tenteranya menyerang membabi buta? Sekali lagi cerita ini gagal mempamer kebijaksanaan Alexander mengatur perang walaupun di akhir perang beliau berjaya menguasai kota Babylon. Peperangan dengan kerajaan India penulis kira adalah adegan paling menarik dalam filem ini, terutamanya ketika kuda kesayangan Alexander bertembung dengan bala tentera bergajah.

Sebagai penonton, kita tertanya2 mengapa Philip beria-ia benar tidak mahu Alexander menjadi peminpin? Apakah peranan isteri Alexander? Adakah dia juga mempunyai pengaruh ke atas kehidupan Alexander? Apa relevannya parti homoseksual raja Philip dgn jalan cerita Alexdaner?
Walaubagaimanapun, filem ini masih mempunyai sudut2 yang menarik. Sebagai contoh, pembunuhan Philip dan pertabalan Alexander, sindiran Olimpias terhadap isteri baru Philip dan naratif Ptolemy di akhir filem.

Cerita ini bergerak pantas - dari saat Alexander kecil, pembunuhan Philip, penjajahan Alexander (penulis merasakan pengarah dan penulis skrip perlu memberi perhatian kepada aspek ini) dan kematian Alexander yang dikatakan misteri (sebenarnya dibunuh melalui wine beracun).


Karekter Filem



Alexander - Collin Ferrel
Pada pendapat penulis, Ferrel gagal membawakan watak Alexander.  Meskipun beliau menjalani latihan berbulan2, penulis tidak nampak Alexander di dalam Collin Ferrel seperti mana penonton dapat melihat Aragorn pada Viggo Mortenson, Asoka pada Shah Rukh Khan dan Hang Tuah pada M Nasir (sekadar menyebut beberapa nama). Penulis merasakan pemilihan Collin Ferrel tidak tepat untuk Alexander. Penulis juga dapat melihat Ferrel sebenarnya berusaha merealisasikan watak Alexander - "Hey, aku Alexander the Great (atau the Gay)" seperti mana Yusry suba memberitahu penonton yang dia sebenarnya sedang berlakon. Ekspresi wajah Ferrel kurang mengesankan.

 

Olimpias - Angelina Jolie

Penulis berani mengatakan yang watak Olimpias sebenarnya lebih menonjol dari Alexander. Jolie membawakan watak ini dengan baik - seorang isteri yang sangat benci dan mendendami suaminya, sorang ibu yang obses mahu melihat anaknya menguasai dunia. Jolie bijak menggunakan pergerakan mata dan bahasa tubuh untuk memberitahu penonton - "Aklulah Olimpias yang menjadikan Alexander the Great".

Philip - Val Kilmer
Penulis merasakan Val Kilmer tiada karisma lansung membawa watak Philip. Dia seorang raja yang lemah dan kaki perempuan (atau kaki lelaki ?). Dimana kewibawaan Philip dalam menentukan hala tuju kerajaanya?



Hephaiston - Jared Leto
Berlakon sebagai rakan dan pasangan Alexander, pemilihan Jared Leto adalah tepat : sebagai seorang lelaki cantik. Jika dilihat dengan teliti, Hephaiston memainkan peranan yang besar dalam segala tindak tanduk Alexander. Disamping Olimpias, beliau sebenarnya banyak membantu memberntuk keperibadian Alexander. Malangnya watak beliau tidak dikembangkan dengan sebaiknya.


Rekaan Set dan Kostum




Untuk mana-mana filem Hollywood, rekaan set memang hebat terutamanya istana di Babylon. Ianya direka dengan cantik dan sangat mewah sekali. Pereka set bijak memainkan warna bagi menimbulkan suasana eksotik dan masa silam di kota Babylon.


Secara keseluruhan rekaan pakaian boleh dikatakan baik tetapi ia amat tipikal dan hampir menyerupai filem Troy. Alexandar keliahtan sungguh buruk dengan topi trojan dan rambutnya yang panjang. Nampak macam Tarzan.

Olimpias sewaktu tua nampak sungguh lawa seperti adik dengan kakak. Atau Angelina Jolie itu sendiri memang cantik? Olimpias sewaktu tua juga tidak meyakinkan.

Muzik Latar

Vengliz membuat muzik latar bagi filem ini. Muziknya bagus terutama ketika pembukaan dan penutup filem. Muzik untuk adengan peperangan seperti tidak kena dan kedenganran sungguh janggal. Mungkin jika tanpa menonton adengan peperangan, muzik Vengeliz tidak kedengaran begitu teruk sekali.

Komen akhir
- Sepatutnya pengarah tidak menggunakan teknik penceritaan semula. Biarkan cerita itu bergerak seperti filem2 tipikal yang lain.
- Dialog yang teralu philosophical. Susah nak faham berbanding Troy yang lebih straight foward.
- Mcm mana filem ini boleh terlepas dari censorship board ? (Adegan Alexander mencium Bagos dan adegan salah seorang lelaki checking another guy backside at King Philips party)

Rating :-

2.0 / 4.0


Posted at 05:35 pm by Pruedance Halliwell
Make a comment  

Friday, December 03, 2004
Movie Week

Pending for review


1. Veer-Zaara : Something different from Yash Chopra.


2. Bride and Prejudice : Hillarious!



3. Alexander - bad storyline and editing

Posted at 08:53 am by Pruedance Halliwell
Comments (1)  

Saturday, November 27, 2004
Laksa Johor oh Laksa Johor

Hari ni Lin buat rumah terbuka di Setiawangsa. Seperti biasa menu utamanya mestilah Laksa Johor. The best laksa in the world.

Kesedapan Laksa Johor ni terletak pada kuahnya. Ikan tenggiri, ikan kembung, udang basah, udang kering, ikan masin (apatah nama ikan tu, aku tak igt tapi tau lar bentuknya). Pehhh... kecur kalau mengingatkan laksa johor.

Tak ramai yang boleh masak laksa johor yang best sebabnya teramatlah leceh dan sungguh memakan masa. Sebab tu kalau mak aku buat laksa, kuahnya stu periuk besar yang mengambil masa 3-4 hari jugakalah nak menghabiskannya.

Preparation kuah laksa jer mengambil masa 1-2 jam. Itu belum masuk lagi dengan segala bahan-bahan sampingan seperti daun selasih, daun kesum, taugeh, kacang panjang, lobak masin, sambal belacan, kobis, timun, limau kasturi dan bawang besar. Panjang kata, mmg meriahlah mangkuk aku kalau makan laksa johor. Terbaru mak aku tambah sengkuang. Sedap juga.

Penyediaan bahan-bahan sampingan seperti daun kesum, daun selasih, kobis, timun, lobak masin, bawang besar dan sengukuang merupakan satu seni. Semuanya perlu dihiris halus. Timun pula bukan dipotong seperti penyediaan tauhu sumbat. Seteleah timun dibuang kulit, dan dipotong kecil2 dalam 4 cm, maka sipemotong kena 'peel' isi timun dari luar hingga ke bahagian dalam timun. Kemudiah, isi timun yang telah di'peel' itu akan digulung dan dipotong halus. Kacang panjang diracik.

Amacam, leceh tak pembuatannya?

Di awal penciptaan laksa, orang Johor menggunakan tepung beras untuk laksanya tetapi selepas penjajahan, orang Johor dan tukar dari tepung beras kepada spaghetti. Sebabnya tak tahulah pulak.

Untuk makan laksa johor juga ada seninya. A true Johorean will eat laksa using his/her fingers. Laksa tak jatuh dari jari dan tangan tak sememeh dengan kuah laksa.

Selamat menikmati laksa anda!

Posted at 04:46 pm by Pruedance Halliwell
Comments (4)  

Thursday, November 25, 2004
The song that made my day


Imagine me and you I do
I think about you day and night
It's only right
To think about the girl you love
And hold her tight

So happy together

If I should call you up invest a dime
And you say you belong to me
And ease my mind
Imagine how the world could be
So very fine

So happy together

 

I can see me lovin' nobody but you
For all my life

When you're with me baby the skies'll be blue
For all my life

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice
It had to be
The only one for me is you
And you for me

So happy together

I can see me lovin' nobody but you
For all my life

Song : So happy together by Turtles



Posted at 10:28 am by Pruedance Halliwell
Make a comment  

Wednesday, November 24, 2004
VCD PGL

I got PGL's VCD few days before raya. Here are some of my comments.

Packaging

- Aiyo, so cekai. I was expacting something like LOTR Extended packaging. Something classy. Ini macam VCD murahan jer.

VCD Quality

- Gambar cinema skop. Tak full. Kurang puas hati. Sepatutnya gambar full screen. 
- Sound : ok

Deleted scene

1. Tuah Melarikan Teja
- Sayang sekali adegan ini telah dipotong. Kalau dimasukkan ke dalam filem tentu akan menjelaskan kedudukan Teja kepada penonton2 yang blur.

2. Conversation Datuk Setia and Tun Mamat
- Setuju dengan pengarah. Scene ini tidak perlu. Ada atau tidak, ia tidak memberikan apa2 impak dalam filem tersebut.

3. Konflik Tuah dan Jebat
- Shahrudin Thamby sebagai Jebat. Konflik yang kurang menyakinkan. Setuju dengan pengarah adegan ini dipotong. Scene ini menjelaskan kedudukan Tuah seperti yang dibincangkan antara Datuk Setia dan Tun Mamat. 

Bonus

1. Muzik video Asamaradana
2. Muzik video Bagaikan Sakti - Miss Prue tengok berkali2 sebab Nasir sungguhlah kacak.
3. Trailer PGL

Writer's final comment:

They should include the making of PGL.

Rating :-

Packaging : 2.0/4.0
Quality : 2.8/4.0
Content : 3.0 / 4.0


Posted at 09:26 am by Pruedance Halliwell
Comments (1)  

Tuesday, November 02, 2004
Lagu Tema PMT : Di Wajah Mu Ku Lihat Bulan

Judul lagu tema: Di Wajahmu Kulihat Bulan
Penyanyi: Maman

Di wajahmu kulihat bulan
Yang mengintai di sudut kerlingan
Sadarkah tuan kau di tatap insan
Yang hauskan belaian

Di wajahmu kulihat bulan
Menerangi hati gelap rawan
Biarlah daku mencari naungan
Di wajah damai rupawan

Serasa tiada jauh dan mudah dicapai tangan
Ingin hati menjangkau kiranya tinggi di awan

Di wajahmu kulihat bulan
Bersembunyi di balik senyuman
Jangan biarkan ku tiada berkawan
Hamba menanti kan tuan

Sumber lirik : Filem Kita - Perempuan Melayu Terakhir



Posted at 08:53 pm by Pruedance Halliwell
Comments (6)  

Monday, November 01, 2004
A tale of laundry

Today I am bitchng to my friend, Nick about laundry. How I hate to do laundry. Its a misery to do laundry and how I wish a person could invent a machine that could manage clothes.

Every morning, we are selecting our clothes to work. Either for a man or woman, choosing what to waer to office is a big decision. Need to find matching shirt, neck tie, coat and trousers for a men and for a women matching suits and scarf as well as the shoes. Sometimes we spent 15 to 30 minutes staring at the cupboard to decide the clothes we want to put on.

After work, we change to comfortable attire - kain pelikat or kaftan. T-shirt and bermuda. Toss the working clothes into the laundry basket. Wait till 3-4 days (for single) or even a week (till stack overflow) to do the laundry.

Separate the whites from the color. Fill the basin or the washng machine with water, pour in some detergent. Start to wash manually or press the start button. Spin the laundry. Drain the soapy water. Replace with clean water. Rinse the clothes. Spin again. Put the laundry into the basket and ready to be hang. This process take 15 - 20 mins. Depends on the person's load.

Hang the clothes. Wait till dry. Takes 2-3 hours. Then collect the laundry. Fold, iron, hang into the cupboard or arrange the clothes into respective drawers. This process takes 15 mins excluding the iron.

Now - for clothes it takes 4 process to maintain and manage them : wash, hang, iron and fold. What a job!

How I wish a person could invent a machine to handle all processes. My job is to buy detergent and fabric softner, put the clothes into the basket and wear the clothes.

What a nice world to have such machine!


Posted at 10:48 pm by Pruedance Halliwell
Comments (2)  

Veer-Zaara : Ulasan OST

Pertama kali terpandangkan poster Veer-Zaara, hati bagaikan tak sabar untuk mendengar lagu2 yang menghiasi filem ini. Pastinya hebat jika buah tangan Yash Chopra adalah hasil nukilan Madan Mohan. Diiringi dengan suara merdu Lata Mageshkar, Udit Narayan dan Suno Nigam, pasti album ini menjadi hit dan kegilaan seluruh dunia.

Sudah menjadi satu kemestian filem Boolywood untuk menghasilkan sebuah runut bunyi (sound track) bagi setiap filem yang dihasilkan.  Runut bunyi ini dilancarkan sebelum sesebuah filem itu ditayangkan di pawagam. Satu strategi yang berkesan di samping memasar dan mempromosi filem. (Penulis menjangkakan PGL menggunakan taktik ini. Sayang sekali tidak)



Di Malaysia harganya kurang RM10. (Faktor utama mengapa penulis membeli album ini)

Deskripsi Album

Judul filem digunakan untuk tajuk album ini : Veer-Zaara. Album ini telah menggabungkan nama-nama besar Bollywood iaitu Madan Mohan, Yash Chopra dan Lata Mageshkar. Album ini  mempunyai 11 lagu. Muzik dihasilkan oleh the late Madan Mohan dan lirik lagu ditulis oleh Javed Akhtar, satu nama yang begitu tersohor di India. Beliau pernah menghasilkan lirik bg filem Kal Ho Naa hoo, Koi Mil Gaya dan lain-lain lagi.

Muzik bagi album ini telah dicipta semula oleh Sanjeev Kohli. Album ini membariskan penyanyi terkenal Bollywood iaitu Lata Mageshkar (Lata amat sinonim dan sering menyanyikan lagu2 bagi filem-filem Chopra), Udit Narayan, Sonu Nigam, Gurdas Mann, Roop Kumar Rathod, Ahmad Hussein dan Mohd Huseein.

Senarai Lagu

1. Tere Liye
    Lata Mageshkar, Roop Kumar Rathod

    Komen:
    Tidak perlu mendengar lagu ini sehingga tamat untuk dibuat penilaian.  Permulaan lagu ini sahaja sudah cukup memikat. Bunyi serunai, tabla dan sitar yang disulami dengan peralatan muzik oden yang lain telah menjadikan lagu ini satu naskhah melodi yang indah dan mengasyikkan. Melodi lagu ini telah dijadikan lagu tema filem. Suara gemersik Lata dan Rathod mengindahkan lagi lagu ini.  Bagaikan satu kuasa magis yang mampu membawa pendengar menyelami percintaan hebat Veer dan Zaara. 

2. Main Yahaan Hoon
    Udit Narayan
  
    Komen :
    Lagu ini mempunyai susunan muzik yang tipikal untuk mana-mana filem Hindi. Pastinya ia bakal menghiasi adegan Veer Pratap Singh.  Melodi lagu ini mengingatkan penulis kepada lagu-lagu yang pernah digubah untuk filem-filem Chopra yang sebelumnya.

3. Aisa Des Hai Mera
    Lata Mageshkar, Udit Narayan, Gurdas Mann, Pritha Majumder

    Komen
    Melodi lagu ini agak ringkas. Lebih banyak menggunakan tabla dan sitar. Alunan melodinya segar dan ceria. Sungguhpun dilagukan oleh 4 orang penyanyi, lagu ini tidak semak. Dipertengahan lagu, ia mempunyai elemen muzik ala Bhangra.

4. Yeh Hum Aa Gaaye Hain Kahaan
    Lata Mageshkar, Udit Narayan

    Komen
    Lagu ini merupakan kegemaran peribadi penulis. Susunan muziknya indah, melodinya telah dikompos dengan baik oleh Sanjee Kohli. Liriknya kedengaran menarik. Cuma dipertengahan lagu, adunan muzik moden kedengran agak janggal dan sedikit mencacatkan lagu ini.

5. Dol Pal
   Lata Mageshkar, Sonu Nigam

6. Kyon Hawa
    Lata Mageshkar, Sonu Nigam with commentary of Yash Chopra

7. Hum To Bhai Jaise Hain
    Lata Mageshkar

    Komen
    Rentak yang segar dan catchy. Menarik. Keluar dari tipikal lagu Hindi.

8. Aaye Tere Dar Par
    Ahmed Hussain & Mohd Hussain supported by Mohd Vakil & Javed Hussain

9. Lodi
    Lata Mageshkar, Udit Narayan & Gurdas Mann

    Komen
    Lagu ini sarat dengan segala bunyi-bunyian tradisional.

10. Tum Paas Ae Rahe Ho *
     Lata Mageshkar, Jagjit Singh

11. Jaane Kyon *
     Lata Mageshkar

* Lagu2 ini tidak ada di dalam filem tetapi direkodkan khas untuk album ini

Rekaan Kulit Album

Sama seperti mana2 OST yang lain, album ini telah menggunakan poster rasmi filem Veer-Zaara pada bahagian kulit hadapan album. Ia memaparkan tajuk filem, produksi Yash Chopra dan sedikit maklumat tentang album ini.

Pada bahagian dalam kulit album ini, ia memuatkan barisan krew yang terbabit di dalam pembikinan album. Ia juga memberikan gambaran kepada pendengar peralatan muzik yang digunakan di dalam album ini.

Terdapat beberapa gambar yang diambil daripada beberapa adengan filem ini bagi menghiasi rekabentuk keseluruhan kulit album. Ia memberikan sedikit gambaran mengenai filem ini dan barisan bintang-bintang utama filem ini.

1. Gambar Rani Mukherji sebagai seorang peguam berbangsa Pakistan. Berlatarbelakangkan bahagian dalam sebuah mahkamah.
2. Veer dan Zaara yang berlatarkan sebuah pintu gerbang yang penulis sendiri tidak pasti apakah objek tersebut
3. Gambar Veer dan Samiyya di dalam bilik gelap.

Menariknya album ini, ia tidak memuatkan sebarang lirik lagu.  Pendengar perlu ke laman web rasmi Veer-Zaara bagi mendapatkannya.  Satu langkah bijak bagi mempromosikan album ini dan memberikan pendedahan kepada capaian bebas maklumat filem ini.

Pada bahagian dalam kulit album, telah dimuatkan puisi (poem) yang ditulis oleh Aditya Chopra. Penulis tidak faham akan maksud puisi berkenaan tetapi pastinya ia sesuatu yang menyentuh perasaan.

Komen Keseluruhan Album

Album ini dihasilkan dengan baik. Lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lagu-lagu baru. Sungguh pun ia kedengaran agak tipikal bagi mana2 filem Chopra, Sanjeev Kohli telah menggubahnya menjadikan album ini satu naskhah yang agung buat Veer-Zaara.  Alunan melodinya membuai rasa (bagi penggemar lagu2 romantik). Beliau pemuzik yang hebat. Bagusnya komposer Hindi ini, beliau masih mengekalkan ciri2 muzik tradisional India dan digabungkan dengan cara moden. Usaha yang sama dilakukan oleh M Nasir untuk PGL. Syabas Sanjeev!

Untuk sesetengah lagu, liriknya kedengaran menarik walaupun penulis tidak memahami apakah maksudnya. Kekerapan menonton beberapa filem Hindi, dapat memberikan sedikit gambaran apa yang cuba disampaikan oleh Javed Akhtar - perasaan suka duka Veer dan Zaara.

Album ini memberikan gambaran keadaan filem tersebut. Suasana yang bakal pendengar rasai apabila filem ini dipertontonkan kepada umum di Deepavali ini. Seharusnya OST berfungsi sedemikian. Secara keselurhan, penulis berpuas hati dengan album ini.

Lagu pilihan penulis

1. Tere Liye
2. Main Yahaan Hoon
3. Yeh Hum Aa Gaye Hain Kahaan

Rating
Senarai lagu : 3.6 / 4.0
Rekaan kulit album : 3.0 / 4.0
Melodi (keseluruhan) : 3.4 / 4.0

Sumber : www.yashrajfilms.com


 


Posted at 04:06 pm by Pruedance Halliwell
Comments (4)  

Previous Page Next Page

makan sirih berpinang tidak
dimakan oleh puteri jauhari
biarpun kasih berbalas tidak
cinta kubawa hingga ke mati

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Design Pattern
Design Pattern - Vince Houston


S/w Design
OOD-Colorado


S/w Testing
Software Testing


Agent
Agent Oriented Programming
Agent or Program ?
Agent Based SE
Agent Technology

Other Blogs I Read
Gong Kapas Times
Nizam Zakaria
Dubuk-Dekaden

Movies To Watch

1.Closer
2. Ocean 12

Album To Have

1. Mohram - Antarasukkha
2. Sting - Sacred Love
3. Dayang Nurfaizah - Dayang Sayang Kamu
4. Maxim - current listening

2004 June : 16 - 22
2004 Aug : 14 - 21
2004 Sept : 14 - 20
2004 Oct : 15 - 20




rss feed